Khamis, 3 Disember 2009

Memancing Sebagai Hobi




Memancing pada saya hobi yang menarik walaupun sebelum ini saya menganggapnya hobi yang membosankan. Saya anak seorang nelayan tapi tidak menggunakan kaedah memancing bagi menangkap ikan sebaliknya keluarga saya tertumpu dalam kaedah pukat hanyut. So saya tidak begitu arif bab memancing sebelum ini tetapi setelah 3 tahun menceburkan diri dalam pancing laut dalam banyaklah juga pengetahuan walaupun banyak lagi dipelajari.

Yang bestnya memancing ni selain mendapat kepuasan dapat bawa balik hasil tangkapan kadang-kadang siap boleh jual lagi dengan kawan-kawan. Memancing ni menguji ketahanan, kesabaran dan teknik yang dikuasai, mula-mula tu memanglah rasa janggal sikit tetapi kalau sudah turun 2-3 kali dah ok. Selain tu boleh mendapat lebih ramai kawan baru.