Isnin, 4 Julai 2011

Trip Memancing Di Pulau Mantanani Kurang Menjadi

Ini merupakan trip kali kedua penulis di Pulau Mantanani, trip pertama pada tahun 2009. Pada trip pertama hasilnya sangat memuaskan, kami pesta kerisi bali, pada trip tahun 2009 kami bertolak dari KK. Berbeza kali ini trip kami turun dari Kuala Abai KB.

Kami bertolak selepas solat Jumaat, perjalanan hanya mengambil masa 3 jam untuk sampai di takat pertama. Malam pertama cuaca kurang baik berangin dan hujan lebat hingga pagi. Trip kali ini kurang memuaskan hanya ikan-ikan karang bersaiz telapak tangan mendominasi hasil tangkapan, hanya beberapa ekor saja bersaiz besar.

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan amat tidak memuaskan, kapal sudah terlalu uzur kurang selamat jika menempuh badai. Kemuncak masalah enjin tidak di hidupkan pada malam ke-dua nasib baik ada rakan berpengetahuan dalam bidang enjin. Menurut rakan penulis carbon brush starter mungkin sudah haus perlu di tukar, rakan penulis mengetuk-ngetuk stater sebelum enjin dapat dihidupkan. Trip di tamatkan lebih awal risau jika enjin tidak dapat di hidupkan lagi.