Rabu, 19 September 2012

Trip Dilanda Badai

Hampir 5 bulan barulah penulis dapat turun semula memancing di laut dalam, trip kali ini memang dirancang sebelum bulan puasa oleh cikgu Azam. Walaupun menanti agak lama tetapi akhirnya trip ini berjaya dilaksanakan walaupun seorang crew menarik diri 2 hari sebelum bertolak.

Info Trip

Tarikh : 15 hingga 17 September 2012
Pelabuhan : Kota Kinabalu
Tekong : Tekong Din
Takat : 35,36 dan sekitar Sejali
Kedalaman : 80-180 meter
Hasil tangkapan : Kingfish(aji-aji), Kerisi Bali, Sulit Tanah (Merah Suman), Tambung(Kakap Merah), ikan merah dan ikan-ikan karang.

Ketika trip ini berlangsung meteorologi telah meramalkan angin kencang dan ombak besar, pada tarikh berkenaan angin bertiup 40-50 km/j dan ombak 1.5-2.5 meter. Ternyata ramalan adalah tepat tetapi sebagai seorang pemancing ia adalah perkara biasa.

Antara gambar sempat di rakam.

Bot/kapal yang menjadi rumah selama 3 hari 2 malam
Aksi Pemilik Bot bertarung dengan Kingfish
Kingfish yang pertama berjaya ditewaskan dalam trip ini
Tangkapan merah suman(sulit tanah) berskala 3 kg lebih merupakan rekod peribadi

Hasil pancing pada saat-saat akhir, puas rasanya...

Kingfish juga rekod peribadi penulis, firts time dapat

Ikan tambung menyelit ketika kingfish mendominasi hasil tangkapan

Kingfish menjadi penyeri tong walaupun hasil kurang memuaskan

Cikgu Azam dengan Kingfish terbesar berskala lebih 10 kg


Barisan team pemancing yang berjaya bertarung dengan badai, see u all next time..

Hasil tangkapan penulis

Sabtu, 2 Jun 2012

Half Day At Bintuka

Tarikh : 31 May 2012

Trip kali ini penulis menyewa bot Encik Hussin selalunya penulis sewa bot Hj. Kumit tetapi kerana mahu mencuba penyewa lain bot Encik Hussin pula kali ini. Bot bersaiz 14 kali dengn enjin Yamaha 15 Hp sesuai untuk 2 orang, bot ini boleh mencapai kelajuan 14.5 knot pada kelajuan maksimum. 

Kami turut menempa udang hidup sekali untuk dihidangkan di setiap lubuk nanti, kami kurang berpuas hati dengan saiz udang sebab terlalu kecil tapi nak buat macam mana lagi itu saja yang ada.Trip kali ini memang khas membawa Cikgu Hanif yang mengajar jauh di pedalaman Sarawak di SK Long Naah dalam daerah Marudi. Walaupun sekolahnya berhampiran dengan sungai tetapi sungainya kurang ikan katanya.Walaupun trip hanya separuh hari tetapi kami berpuas hati dengan hasil tangkapan.

Cikgu Hanif sabar menanti sambaran penghuni dasar

Rekod peribadi di Bintuka first time dapat ebek, syok melayannya.

Kerapu pertama di Bintuka walaupun damit yang penting ikan.

Baby Tetanda ja? mana bapa tanda?

Yang ni pun rekod peribadi di Bintuka, Gerut-gerut ni kuat melawan.

Tersenyum puas cikgu ni, GT pertama yang dia dapat sejak berjinak-jinak memancing

Teknik menyimpan hasil tangkapan jika tidak bawa tong ikan atau jaring

Ini lah hasil kali ini, kita mancing lagi time cuti sekolah akan datang.

Sabtu, 5 Mei 2012

Trip KK lagi

Trip kedua kali ini dapat dijayakan tanpa sebarang halangan, kami bertolak seperti tarikh yang dirancang, cuma bilangan ahli berkurangan 3 hari sebelum bertolak. Mulanya 11 orang tapi hanya 9 orang sahaja dapat turun memancing.

Tarikh : 27 - 29 april 2012
Kapal : Jeffri
Lokasi : 32,33 dan Sijali

Hasil keseluruhan hasil tangkapan pemancing kurang memuaskan hanya beberapa orang yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz 2 kg keatas selebihnya hanyalah anak-anak ikan. Kami bermula dari kedalaman 40 m hinggalah 180 m tapi seolah-olah dasar lautan tidak berpenghuni. Mujurlah pada malam terakhir kekecewaan rakan-rakan sedikit terubat dengan layanan ikan Tulai bermula jam 3 pg hinggalah 5 pg.

Uji Rashid siaz XL semasa memancing di kedalaman 180 m

Sebahagian hasil pancingku pada kali ini, syukur alhamdulillah.

Kaci(Lapi) seberat 4.5 Kg memberi tentangan yang sengit sebelum ditewaskan

Kerapu seberat 6.5 Kg adalah tangkapan terbesar trip kali ini.

Ikan yang menjadi idaman setiap pemancing untuk dibawa pulang.

Kerisi bali(Ibu kerisi) 3 kg boleh di pancing di kedalaman 70 m ke atas.
Awak-awak yang begitu berdedikasi sanggup terjun pada kedalaman 180 m untuk menyelamatkan ikan pemancing.

Panorama waktu pagi berhampiran pelantar pada hari terakhir.

Yes..!!! Kerapu Sunu tu cikgu.

Bonus di takat terakhir ini cukup memberi kepuasan kepada cikgu Awang.

Pinjam kejap kerapu sunu milik cikgu untuk ambil gambar,

Kami cukup puas hati dengan khidmat awak-awak ni, syabas!!!

Walaupun lahir di banjaran Crocker tapi beraksi mantap semasa di laut.


Rabu, 11 April 2012

Bintuka April 2012

Apabila turun mancing di Bintuka tak perlu menaruh harapan menarik ikan saiz bagak atau hasil yang lumayan, cukuplah sekadar lepas gian memancing sahaja. Semasa kami turun pada 6 april lalu, semua rakan pancing yang kami temui di jeti, pulang dengan hasil yang kurang memberangsangkan sama seperti hasil yang kami perolehi. Nasib tak kumpau.

Tangkapan Terbaik penulis di Bintuka pada Nov. 2011 semasa di Balingkatak



Sairon memecah kebuntuan mendapat lesen. Kerapu saiz hidangan tu..


Tanda yang memberi tentangan yang mengasyikkan.

Penulis merangkap botman akhirnya berjaya menaikkan c Tanda

Sang monyet mencari peluang mencuri makanan dari bot nasib kami berlabuh jauh sedikit.

Asyik baby GT ja.. mana ibu atau bapa GT ni.?

Balik-balik naik utik tapi berkat kesabaran naik juga baby GT..syukur...!!!


Isnin, 9 April 2012

Trip Mancing pembuka tirai 2012 Di KK

Tarikh : 31 mac hingga 1 april
Lokasi : Sekitar Karang-karang

Setelah trip ditangguh dua kali kerana faktor cuaca, akhirnya hasrat tercapai walaupun hanya 1M2H. Rasanya hampir 10 bulan penulis tidak memancing di laut dalam kerana pelbagai halangan, trip terakhir penulis trip Mantanani turun dari Kuala Abai.

Hasil tangkapan kebanyakan peserta kurang memuaskan, setiap takat yang di singgahi amat sukar untuk mendaratkan ikan. Ikan tak galak makan atau takat memang tidak ada ikan, tapi macam tulah adat memancing kadangkala dapat banyak atau sebaliknya. Harapan penulis agar rakan-rakan tidak patah semangat kita turun lagi pada trip akan datang.

Ikan apa ni? sisik macam kerapu tapi nipis. Ini saja yang terberat kali ini.
Ikan Merah Coloreng firts time dapat...

Cikgu Azam selaku ketua trip.. mantap bos!!!

Perginya sebatang joran milikku... nasib bawa rod spare.



Sembang-sembang dulu sementara tunggu bertolak.

Kapal baru dari Papar yang membawa kami pada trip kali ini.

Sabtu, 7 April 2012

Pancing Santai Bersama Family

Macam biasa asal saja cuti sekolah anak-anak mesti ajak balik kampung, so baliklah kampung bini di Ranau. Sambil balik bercuti saya bawa 3 joran untuk memancing di Kolam, kali ini target kolam air tawar di Kaligan, tak jauh dari rumah mertua hanya mengambil masa 5 minit perjalanan dengan kereta.

Hari Pertama









Hari ke-2