Tarikh : 31 May 2012
Trip kali ini penulis menyewa bot Encik Hussin selalunya penulis sewa bot Hj. Kumit tetapi kerana mahu mencuba penyewa lain bot Encik Hussin pula kali ini. Bot bersaiz 14 kali dengn enjin Yamaha 15 Hp sesuai untuk 2 orang, bot ini boleh mencapai kelajuan 14.5 knot pada kelajuan maksimum.
Kami turut menempa udang hidup sekali untuk dihidangkan di setiap lubuk nanti, kami kurang berpuas hati dengan saiz udang sebab terlalu kecil tapi nak buat macam mana lagi itu saja yang ada.Trip kali ini memang khas membawa Cikgu Hanif yang mengajar jauh di pedalaman Sarawak di SK Long Naah dalam daerah Marudi. Walaupun sekolahnya berhampiran dengan sungai tetapi sungainya kurang ikan katanya.Walaupun trip hanya separuh hari tetapi kami berpuas hati dengan hasil tangkapan.
|
Cikgu Hanif sabar menanti sambaran penghuni dasar |
|
Rekod peribadi di Bintuka first time dapat ebek, syok melayannya. |
|
Kerapu pertama di Bintuka walaupun damit yang penting ikan. |
|
Baby Tetanda ja? mana bapa tanda? |
|
Yang ni pun rekod peribadi di Bintuka, Gerut-gerut ni kuat melawan. |
|
Tersenyum puas cikgu ni, GT pertama yang dia dapat sejak berjinak-jinak memancing |
|
Teknik menyimpan hasil tangkapan jika tidak bawa tong ikan atau jaring |
|
Ini lah hasil kali ini, kita mancing lagi time cuti sekolah akan datang. |