Isnin, 10 Oktober 2011

Trip Bintuka 09 Okt 2011

Biasalah kaki pancing bila lama tak mancing rasa gian makin tak tertahan so kita orang rancanglah trip turun Bintuka. Biasanya kita orang bawa botman tetapi botman sibuk so bawa sendiri kali ini, masa nak booking bot Hj Kumit tinggal sebuah lagi daripada 14 buah nasib ada lagi kalau tak gagallah trip. Mulanya pergi bertiga tetapi seorang rakan tak sihat.
 
 
Pengalaman semasa remaja digunakan untuk meneroka Bintuka pada Trip kali ini
Sairon ni tiap kali turun Bintuka mesti dapat ikan Tanda(Lesen)

Jarang sekali mata kail mengena seperti ini, dah rezeki....

Baby pun babylah  janji ikan putih..
Penulis pun lesen Tanda juga, biarpun kecil tapi seronok layan
GT pertama ku pada kali ini, best oo...
Dengan menggunakan kekili udang syok betul layan anak GT ni..
Giliran sang gelama naik ke bot..
Hasil terbesar pada trip kali ini ketika di Balingkatak, orang sini panggil Tirusan
Sebelum bertolak pulang Kuala Bintuka menghadiahkan kami seekor kerapu


Isnin, 4 Julai 2011

Trip Memancing Di Pulau Mantanani Kurang Menjadi

Ini merupakan trip kali kedua penulis di Pulau Mantanani, trip pertama pada tahun 2009. Pada trip pertama hasilnya sangat memuaskan, kami pesta kerisi bali, pada trip tahun 2009 kami bertolak dari KK. Berbeza kali ini trip kami turun dari Kuala Abai KB.

Kami bertolak selepas solat Jumaat, perjalanan hanya mengambil masa 3 jam untuk sampai di takat pertama. Malam pertama cuaca kurang baik berangin dan hujan lebat hingga pagi. Trip kali ini kurang memuaskan hanya ikan-ikan karang bersaiz telapak tangan mendominasi hasil tangkapan, hanya beberapa ekor saja bersaiz besar.

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan amat tidak memuaskan, kapal sudah terlalu uzur kurang selamat jika menempuh badai. Kemuncak masalah enjin tidak di hidupkan pada malam ke-dua nasib baik ada rakan berpengetahuan dalam bidang enjin. Menurut rakan penulis carbon brush starter mungkin sudah haus perlu di tukar, rakan penulis mengetuk-ngetuk stater sebelum enjin dapat dihidupkan. Trip di tamatkan lebih awal risau jika enjin tidak dapat di hidupkan lagi.









Ahad, 12 Jun 2011

Trip Kuala Penyu

Gambar-gambar ini baru upload sebab dah keluar majalah Kembara Kail edisi Jun 2011, kepada rakan-rakan, penulis mohon maaf diatas kelewatan. Sebab kalau upload awal karang ndak dapat pula keluar majalah.
















Isnin, 6 Jun 2011

Mancing Bersama Keluarga

Keseronokan memancing perlu dikongsi bersama keluarga agar mereka memahami nikmat ketika bertarung dengan hasil tangkapan. Lokasi yang lebih selamat untuk keluarga adalah memancing di tasik berbayar. Ketika bercuti di Kg. isteri, saya berkesempatan membawa family ke Sungai Biru dan Echo Damai Ranch di Ranau.



SUNGAI BIRU













ECHO DAMAI RANCH