Ahad, 24 April 2011

Jalan-Jalan Di Daerah Pedalaman(Keningau-Tenom-Sipitang)

Sementara menunggu trip KK minggu depan saya bersama rakan sekerja berkunjung ke daerah pendalaman bermula dari Beaufort -Kimanis-Keningau-Tenom-Sipitang. Nak turun Bintuka minggu ni air kurang sesuai so ronda-ronda pekan dulu.

Pendakian terakhir sebelum tiba di Taman Banjaran Crocker
Cape di Taman Banjaran Crocker
Kumbang yang menarik perhatian kami semasa di cape
Sarapan dulu sebelum meneruskan perjalanan
Ambil gambar kenang-kenangan


AKHIRNYA SAMPAI DI KENINGAU


Mmmp sedap juga durian Keningau ni. Betulkah dari Keningau ni?

SEBELUM SAMPAI TENOM SINGGAH DI RUMAH KEBUDAYAAN KAUM MURUT




Alamak pancitlah pula tayar.


DAH SAMPAI PEKAN TENOM


Rabu, 13 April 2011

Petua : Jangan buang tangkapan pertama


Oleh Nuri Angkasa


ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.

Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.

Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.

Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang.

“Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu.

“Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.

Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.

Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.

Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.

Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

Isnin, 11 April 2011

Banjir di Beaufort 11 April 2011

Tahun ni sahaja dah beberapa kali banjir, jika bercadang nak mancing di Kuala Mentulud dan Bintuka baik tanggukan dulu. Bila banyak air tawar masuk kuala secara automatik hasil tangkapan kurang memuaskan atau pulang dengan tong kosong.

Jalan Pertanian - Parit Jepun
Gerai Sup Si Pungut pun kena banjir.
Banjir pun tetap singgah, siap sampai tangga.
Masjid Limbawang.
Masjid Kg. Beringin
Muka Sauk(Intake) Loji Encorp Utilities SB, Gadong.
Rumah Abd. Wahab (staf EUSB)
Rumah Talmasinah (Staff EUSB), walaupun banjir air tak masuk dalam rumah.
Rumah Abd. Ghani(Staf EUSB)

Jalan raya di Kg. Lawa
Laluan di SK Lupak
Amboi..!! seronoknya bermain banjir.Siapa nama awek tu?
Para ibu bapa kena perhatikan juga budak-budak tu.
Simpang ke Parit Jepun sukar di lalui kenderaan kecil
Sekolah agama Mempagar
SK Mempagar turut bercuti 
Pekan Beaufort turut tenggelam
Pasar Ikan Pekan Beaufort.