Khamis, 31 Mac 2011

TRIP BINTUKA 15 FEB 2011

Firts trip tahun 2011 ni. lama juga tidak turun memancing di Bintuka, pergi waktu cuti Maulidur Rasul sebab tu kali trip tidak sukses. Apa pun yang penting turun mancing.


Umpan habis di beli, so kena kami berusaha mencari umpan dengan kaedah menjala tapi hampe betul cuma dapat beberapa ekor.




Kami memecut ke Maidin untuk mencari bekalan umpan, banyak port terlepas sebab umpan tidak ada.


Ini adalah perkampungan nelayan di Maiden. Terdapat 3 buah rumah sahaja di sini.





Sudir adalah orang pertama strike anak-anak ikan putih di Maidin.




Sang monyet menghampir bot semasa memancing di Balingkatak, jangan beri makanan semasa masih berlabuh. Nanti datang konco-konco yang lain bahaya.



Ini akan apa ya? kami gelarnya ikan selipar ja.




Ini bukan sembilang atau utik, tapi adalah keli laut. Durinya bisa macam sembilang.




Ah... ini baru utik, kesiannya cuma terkait dekat badan.




Ini adalah lagi spesis ikan berbisa, orang sini panggil ikan Lapu.




Sembilang pun payah nak cari walaupun memancing di  tempat habitatnya.




Ahad, 27 Mac 2011

TRIP KUALA PENYU 17 Mac 2011 Part 2

Ikan Yu lebih banyak daripada Tenggiri dalam trip ini, musim Yu kali.


Tambung adalah rekod terbesar tangkapan kali ini.

Tiga spesis Yu, Yu Cicak , Yu Bintik (Yu Tokke') dan Yu biasa

Gabungan umpan dan ikan fresh menjadi hidangan, umpan di goreng dan ikan segar masak sup.

Khamis, 24 Mac 2011

TRIP KUALA PENYU 17 Mac 2011 Part1


Sebahagian daripada senjata digunakan dalam pertarungan selama 2 malam 3 hari.


Perkhidmatan feri percuma ini bakal jadi sejarah tidak lama lagi.

Ruang kabin yang selesa untuk para pemancing merehatkan diri.

Senja pada hari pertama


Saudara peramal Piala Dunia 2010 Paul mati kerana hirisan ikan basung.

Selasa, 22 Mac 2011

Mat salleh tarik ikan

Bestnya tempat orang putih tarik ikan kow-kow. Aku mancing 2 malam 3 hari last week baby GT saja yang aku dapat.

Kaki Pancing Mesti Jaga Kesihatan

Baru2 ni ada kawan share pasal Transfer Factor, aku nak terangkan pun tak syok juga sebab aku tak pakar tapi korang boleh berkunjung ke Laman Sesawang ini :-



http://4life.adipublishing.biz/index.html

Selasa, 15 Mac 2011

Cara membuat perambut apolo mudah (Paternoster)


Saiz perambut bergantung kepada kesesuaian tempat memamcing, untuk laut dalam saya menggunakan 40 lb hingga 60 lb.

Cara ke-2

Isnin, 14 Mac 2011

Memorial Mangsa Perang Dunia ke-2

Memorial perang ini terletak di antara jalan Ranau dan Randagong sebelum Sungai Kenipir jika anda dari Pekan Ranau. Memorial ini mempringati askar Australia, New Zealand dan British yang dibawa dari Sandakan ke Ranau sebelum mereka di tembak mati di sini oleh askar Jepun.

Ahad, 13 Mac 2011

Teknik Memancing Siakap Kolam

Teknik Memancing siakap untuk mereka yang rajin memancing di kolam
Yang pertama – tali utama = buat masa sekarang aku guna tali berkekuatan 20pound… tapi aku ada pengalaman yang mana ikan dah terlantar kat tepi kolam tapi bila aku nak tarik naik tali terus putus… ini mungkin disebabkan tali aku dah reput (sebab aku Cuma tukar tali setahun sekali jer)… so, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi… aku cadang untuk tukar tali aku ke kuatan 25pound… aku suka pakai tali mono sebab kalau tali sulam senang nak berserabut
Yang kedua – tali perambaut = yang ni aku buat sendiri guna tali mono 40 pound dan mata saiz 2 atau 3, panjang perambut ni lebih kurang 1 kaki dan aku selalunya tambah batu ladung saiz 1, supaya apabila baling umpan boleh pergi jauh sikit
Umpan = antara yang paling popiler adalah udang idup, udang mati dengan ikan sardin. Umpan no 1 yang selalu aku gbuna adalah udang idup yang beli kat kolam, guna udang idup ni tak boleh nak ganas2 kalau x udang tu senang mati… aku selalunya biar je udang tu berenang sendiri, bila aku dah agak2 udang tu dah melilau ke mana2 tah… baru aku tarik balik… umpan no 2 yang selalu aku guna… udang mati… udang ni selalunya aku dah prepare siap2 kat umah… kupas kulit, buang kepala… pas tu balut dengan kertas surat kabar dan simpan dalam peti ais supaya udang tu jadi lurus… udang ni selalunya guna untuk teknik casting… yang bila aku tarik selalunya aku guna hujung joran untuk buat macam udang tu menari2… hehehheee….  Kalau guna umpan ikan sardin… selalunya aku fillet daging ikan tu dan cangkuk je kat mata umpan… kalau guna ikan sardin ni selalunya kita guna teknik tanam… iaitu lontar dan biarkan jer… bau ikan sardin tu yang akan menarik siakap datang… cuba2 lah….
Orang kata lain padang lain belalang, so teknik mungkin sedikit berbeza jika ada pemancing yang selalu naikkan siakap rajin2 bertanya atau tak tiru tekniknya. Selebihnya serahkan pada nasib.

SPA IKAN DI LUANTI RANAU

















SPA ikan Luanti semakin terkenal di kalangan pelancong luar atau tempatan sejak di perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Luanti lebih kurang 200 KM dari bandar Kota Kinabalu terletak laluan pantai Timur dan pantai Barat Sabah. Mengikut pemilik mereka mengambil 10 tahun untuk menjinakkan spesis ikan Kelah sebelum jinak kepada manusia.

Bayaran masuk RM5 selama 15 minit dan RM 10 jika berenang bersama ikan. Jika nak mandi tanpa bayaran pun boleh tapi tanpa ikan.