Trip kedua kali ini dapat dijayakan tanpa sebarang halangan, kami
bertolak seperti tarikh yang dirancang, cuma bilangan ahli
berkurangan 3 hari sebelum bertolak. Mulanya 11 orang tapi hanya 9 orang
sahaja dapat turun memancing.
Tarikh : 27 - 29 april 2012
Kapal : Jeffri
Lokasi : 32,33 dan Sijali
Hasil
keseluruhan hasil tangkapan pemancing kurang memuaskan hanya beberapa
orang yang berjaya mendaratkan ikan bersaiz 2 kg keatas selebihnya
hanyalah anak-anak ikan. Kami bermula dari kedalaman 40 m hinggalah 180 m
tapi seolah-olah dasar lautan tidak berpenghuni. Mujurlah pada malam
terakhir kekecewaan rakan-rakan sedikit terubat dengan layanan ikan
Tulai bermula jam 3 pg hinggalah 5 pg.
| Uji Rashid siaz XL semasa memancing di kedalaman 180 m |
| Sebahagian hasil pancingku pada kali ini, syukur alhamdulillah. |
| Kaci(Lapi) seberat 4.5 Kg memberi tentangan yang sengit sebelum ditewaskan |
| Kerapu seberat 6.5 Kg adalah tangkapan terbesar trip kali ini. |
| Ikan yang menjadi idaman setiap pemancing untuk dibawa pulang. |
| Kerisi bali(Ibu kerisi) 3 kg boleh di pancing di kedalaman 70 m ke atas. |
| Awak-awak yang begitu berdedikasi sanggup terjun pada kedalaman 180 m untuk menyelamatkan ikan pemancing. |
| Panorama waktu pagi berhampiran pelantar pada hari terakhir. |
| Yes..!!! Kerapu Sunu tu cikgu. |
| Bonus di takat terakhir ini cukup memberi kepuasan kepada cikgu Awang. |
| Pinjam kejap kerapu sunu milik cikgu untuk ambil gambar, |
| Kami cukup puas hati dengan khidmat awak-awak ni, syabas!!! |
| Walaupun lahir di banjaran Crocker tapi beraksi mantap semasa di laut. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan