Jumaat, 1 April 2011

Petua: Telur mentah hindarkan agas

MEMANCING di dalam hutan/kuala untuk memburu ikan idaman cukup menyeronokkan apatah lagi lokasi yang dikunjungi itu ada lubuk terbaik.

Namun kegembiraan itu mungkin seketika saja apabila serangga pengacau seperti agas akan menggigit pemancing yang akan mendatangkan kegatalan pada kulit.
Petuanya, untuk mengelakkan agas mendekati, pemancing perlu membawa beberapa biji telur ayam mentah sebagai bekalan tambahan sebelum turun memancing di kawasan yang hendak dikunjungi.
Tujuannya banyak, selain boleh direbus untuk dimakan, telor yang dibawa ada kegunaan lain terutama mengelak agas.

Bagi mengelak diserang agas, anda hanya perlu pecahkan telur itu di kawasan aktiviti memancing tadi dan letakkan kira-kira 10 meter dari belakang anda.

Bau telur yang pecah tadi akan menarik pemerhatian agas ini untuk mengerumuninya sekali gus menjauhkan anda daripada menjadi sasaran serangan agas tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan